Categories
Berita Budaya Business Lifestyle Politik

PERANAN TERAJU DIPERKUKUHKAN DEMI AGENDA BUMIPUTERA

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bil 15/2020, kerajaan bersetuju untuk memperkukuhkan peranan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi membangunkan sosio-ekonomi Bumiputera.

Dua peranan utama yang ditekankan ialah TERAJU menjadi badan koordinasi di peringkat tertinggi dengan mewujudkan jalinan dan rangkaian bersepadu bersama pemegang taruh merentasi pelbagai sektor untuk memantau pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera.

TERAJU juga diperkukuhkan dengan menambahbaik pengkalan data berpusat Bumiputera bagi mengumpul maklumat terkini, lengkap dan berkualiti bagi perancangan dasar yang strategik.

Sebelum ini, TERAJU ditubuhkan pada 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri merupakan unit strategik yang berperanan untuk meneraju dan meyelaras agenda pembangunan Bumiputera sejajar dengan WKB2030.

 

PenggerakDaily

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *