Oleh: Penggerak Daily
Ini berita baik buat ibu tunggal. Menerusi PENJANA, beberapa inisiatif disediakan termasuklah Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT).
BKIT merupakan bantuan yang disediakan kerajaan secara one-off kepada ibu tunggal yang layak.
Bantuan ini disalurkan berdasarkan pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
Bagi ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020 melalui;
1. Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN)/JKM
Negeri/PKMD
2. Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/
Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (bagi pemohon dari Sabah)
3. Pejabat JKM Sarawak/ Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak
(bagi pemohon dari Sarawak)
4. Portal rasmi JPW, https:/ /ww.jpw.gov.my /
Bagi mereka yang bukan dalam kalangan ibu-ibu tunggal, ringan-ringankan jempol tekan butang ‘share’ untuk bantu ibu-ibu kita.
PenggerakDaily