Oleh: Editorial Penggerak Daily
Pembayaran Bantuan Sara Hidup atau BSH 2020 Fasa Ketiga akan dilaksanakan mulai 24 Julai 2020 (Jumaat) berdasarkan kategori BSH 2020 (baki nilai BSH 2020).
Lebih menggembirakan, kadar tambahan diberikan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang anak) seperti berikut;
Bil anak | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 |
BSH 2020 | – | RM120 | RM240 | RM360 | RM480 |
Bayaran kadar tambahan ini akan dibuat secara sekaligus pada pembayaran Fasa 3 BSH 2020.
Menurut Kementerian Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, bayaran BSH ini menepati sasaran kerana turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam setiap keluarga.
“Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020”.
Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.
PenggerakDaily