Oleh: Editorial Penggerak Daily
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah bekerjasama dengan pasukan pergigian forensik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melakukan prosedur pemeriksaan gigi seekor Beruang Matahari pada 11 Ogos 2020.
Beruang yang dinamakan sebagai Wak Suharto telah mengalami masalah pada gigi taring akibat kecederaan trauma semasa diselamatkan dari Felda Soeharto, Selangor tahun lepas.
Pemeriksaan gigi Beruang Matahari ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Konservasi Beruang Matahari bersama Felda Global Ventures (FGV), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Malaysian Nature Society (MNS).
PenggerakDaily