Categories
Berita Business

PERJANJIAN PROJEK RTS TERMATERAI

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Hari ini jadi sejarah bagi negeri Johor apabila termaterai Perjanjian Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan kedua-dua negara, Malaysia dan Singapura.

Majlis Pemeteraian Perjanjian Projek RTS Link di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura ini dihadiri disaksikan oleh Perdana Menteri kedua-dua negara.

Dimaklumkan,  Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin bersama Menteri Kanan MITI, Azmin Ali diiringi Pengerusi Penggerak Komuniti Negara, Rashid Hasnon  menyaksikan Majlis Pemeteraian Perjanjian Projek RTS Link di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura

Projek RTS Link yang dijangka siap pada 2026 akan memanfaatkan rakyat kedua-dua negara untuk berulang-alik dari Johor Bahru-Woodlands sekaligus dapat menjana pertumbuhan ekonomi buat Malaysia-Singapura khususnya bagi negeri Johor.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *