Oleh: Editorial Penggerak Daily
Bahana memperlekeh hari Jumaat yang diumumkan ‘Hari Jawi’ di media sosial, dua lelaki telah ditahan dalam dua serbuan berasingan bagi membantu siasatan.
Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata kedua-dua lelaki berusia 25 dan 35 tahun itu ditahan di Tanjung Rambutan, Perak dan Butterworth Pulau Pinang.
“Mereka akan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,”
Julai lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan Jumaat sebagai Hari Jawi dalam usaha mengekal dan memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan.
PenggerakDaily