Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mendapat pengiktirafan tertinggi apabila dianugerahkan pingat perkhidmatan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS).
Menurut pengerusi Lembaga WAGGGS Sedunia, Ana Maria Mideros “”Baginda amat gigih dalam usaha membangunkan potensi wanita dan juga gadis muda ke arena antarabangsa menerusi pandu puteri,”
Pingat perkhidmatan WAGGGS merupakan bentuk pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada individu cemerlang yang mempamerkan perkhidmatan luar biasa kepada pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di peringkat nasional dan global.
PenggerakDaily