Oleh: Editorial Penggerak Daily
Istimewanya Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, banyak perayaan yang boleh disambut bersama. Tentunya, sambutan pelbagai perayaan ini menguatkan lagi hubungan sesama rakyatnya.
Memanfaatkan kepelbagaian dan kerencaman budaya di Malaysia, EXCO Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Dr. Chong Fat Full bersama penduduk Kampung Tengah, Segamat meraikan Full Moon Festival dan Pesta Tanglung dengan meriahnya semalam.
Merangkap ADUN Pemanis, Dr. Chong berkata, “sambutan ini bukan sahaja mengekalkan tradisi budaya masyarakat Malaysia, malahan sambutan ini sebagai wadah perpaduan semua kaum”,
“Melalui sambutan ini, generasi baru dapat menghayati budaya orang lama disamping memberi pendedahan kepada kaum lain untuk mengenali antara satu sama lain”.
Tidak kenal maka tidak cinta, itulah pepatah paling tepat mengenai usaha Dr. Chong menyemarakkan lagi perpaduan khususnya di Johor.
Semoga usaha memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui pendekatan budaya dapat terus dijalankan.
PenggerakDaily