Oleh: Editorial Penggerak Daily
Sebuah program bernama Program Komuniti Prihatin telah yang dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah Sesi 2019/2020 melalui kerjasama dengan Penggerak Komuniti Negara – P135 Alor Gajah (PKN AG) serta Pemuda Negara Parlimen Alor Gajah di Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah.
Program anjuran PKN AG ini bertujuan untuk membuktikan bahawa mahasiswa juga amat prihatin terhadap kebajikan masyarakat setempat yang kurang berkemampuan. Semasa program ini, barisan MPP dan sekretariat telah berganding bahu untuk membaik pulihkan rumah seorang warga emas bernama Encik Kasim Bin Hassan.
Kasim Hasan, 70 merupakan seorang individu warga emas yang tinggal berseorangan di sebuah rumah yang serba kekurangan dan kehidupannya yang sangat daif.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah seperti membersihkan kawasan rumah, menghias dalaman rumah, menambah kelengkapan seperti kipas serta mengecat dinding didalam dan diluar rumah Encik Kasim.
Program ini juga mendapat perhatian dan sokongan daripada EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka, YB Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis merangkap ADUN Rembia yang juga merupakan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara – Negeri Melaka.
Muhammad Haziq Hishamudin, EXCO Kebajikan & Khidmat Sosial MPP UiTM Cawangan Melaka berkata “Program khidmat masyarakat seperti ini dapat menggalakkan dan memupuk lebih ramai mahasiswa untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan dan juga aktiviti kesukarelawan yang dijalankan oleh mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO). ”
“Kita ingin menggalakkan lebih lagi penglibatan anak muda dalam aktiviti kesukarelawanan seperti hari ini, rakyat Malaysia perlu memupuk sifat prihatin terhadap golongan tidak berkemampuan agar mereka tidak tercicir daripada mendapat bantuan sepatutnya, yang tua kita hormati yang muda kita sanjungi” kata Pengarah Program, Radzieman Padzir sejurus perasmian program tersebut.
PenggerakDaily