Oleh: Editorial Penggerak Daily
Sebanyak 250 bungkus daging korban diagihkan kepada asnaf, fakir miskin, ibu tunggal dan barisan frontliner sekitar Bandar Penawar dan Pengerang dalam tiga program korban yang dianjurkan oleh dua NGO, Penggerak Komuniti Negara (PKN) kawasan Pengerang dan Perwaja Johor.
Tiga kawasan yang terlibat dengan program korban semalam ialah Felda Air Tawar 1, Felda Papan Timur dan Felcra Orang Asli Sungai Layau.
Kata Pengerusi PKN Pengerang, Ahmad Kamah Noh, “kali ini kita edarkan kepada frontliner seperti di balai-balai berdekatan memandangkan pengorbanan mereka sepanjang pandemik”.
PenggerakDaily