KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan untukĀ menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor, Melaka, Kedah dan Terengganu esok, lebih awal berbanding 6 Disember depan seperti diumumkan terdahulu.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun beberapa daerah seperti Kulim di Kedah, Kota Tinggi dan Mersing di Johor masih dikenakan PKPB.
“PKPB ditamatkan selepas penilaian risiko dibuat Kementerian Kesihatan yang menunjukkan trend penurunan kes positif dan keadaan didapati terkawal,” katanya dalam sidang akhbarnya, hari ini.
Penggerak Daily