Oleh: Ahmad Roi
Pilhan Raya Negeri Sabah kali ini menyaksikan pertarungan tiga fraksi politik Sabah iaitu PH-Warisan, Barisan Nasional – Perikatan Nasional – Parti Bersatu Sabah dan yang ketiga, Parti Cinta Sabah (PSC).
Pilihan Raya adalah perang rebut kuasa. Dalam perebutan kuasa hubungan seia-sekata antara kompenan dalam fraksi sangat penting.
PRN kali ini pasti meguji kestabilan kuasa antara parti dalam fraksi. Sama ada melalui pembahagian kerusi, penggunaan logo dan gerak kerja pilihan raya. Tentunya hubungan BN-PN-PBS ada geloranya. Sama seperti Warisan-PH.
Politik itu seni serba mungkin. Tapi, dalam PRN kali ini, kalau saya seorang penyokong PKR, saya akan bimbang.
Petang tadi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengumumkan untuk bertanding di 14 kawasan DUN dalam PRN kali ini.
Menurut Ketua Penerangan MPN PKR Sabah, Simsudin Sidek, antara sebab parti ini meletakkan 14 orang calon DUN memandangkan bilangan kerusi DUN meningkat dari 60 kepada 73 buah kerusi untuk PRN kali ini.
Bertanding 14 kawasan DUN tidak jadi masalah. Masalahnya bila PKR dilihat terasing dari PH-Warisan. PKR sendiri. Sepi.
Kenapa PKR dilihat sendiri?
Pertama sekali, PKR tidak memakai ‘seragam’ askar yang sama ke medan perang. Pendirian PKR untuk menggunakan lambang sendiri dalam PRN Sabah bukan langkah yang bijak. Malahan pincang, kerana dilihat sebuah fraksi yang retak.
Memetik kata Ketua Bahagian Warisan Tuaran, Rakam Sijim, “keputusan PKR menggunakan lambang sendiir tidak mustahil meyebabkan wujud pertembungan sesama sekutu di kalangan mereka di Sabah”.
“Jika PKR terus berkeras, tidak mustahil wujud pertandingan antara Warisan Plus dan PKR”
Sudah. Dalam gaduh ada gaduh lagi.
Tambah Rakam lagi, “wajar kiranya logo Warisan diberi ruang sebagai satu symbol untuk parti-parti lain yang bekerjasama seperti UPKO dan DAP”.
Iya, DAP juga turut menggunakan logo Warisan dalam PRN Sabah. Itu menambah lagi luka parah.
Sementara itu, 2 September lepas Pengarah Komunikasi Parti Amanah, Khalid Samad memaklumkan semua calon
Amanah akan menggunakan lambang Warisan dalam PRN Sabah.
Tindakan PKR ini juga menegaskan lagi gaduh dalaman antara mereka yang menyokong Anwar Ibrahim (PKR) dan pro kepada Mahathir yang diwakili oleh Shafie Apdal (Warisan) masih tidak selesai.
Malahan, parti karib PKR, Amanah dan DAP dilihat condong kepada Mahathir dengan keputusan menggunakan logo Warisan dalam PRN kali ini.
Itulah sebab saya cakap tadi, kalau saya penyokong PKR, saya akan bimbang.
PenggerakDaily