Kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, kemenangan itu adalah bukti pengorbanan serta kerja keras pasukan PLUS dan lebih bermakna apabila Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di bawah PLUS juga berada di tempat kedua di bawah kategori yang sama.
“Kedudukan tempat pertama tambah lebih bermakna kerana kami telah berusaha dengan tekun setiap masa semasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan lebuh raya kami selamat untuk semua pelanggan setiap masa,” katanya.
Lebuh raya lain yang mendapat pengiktirafan MIROS termasuk Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Pantai-Timur 1 (LPT1) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang masing-masing berada pada kedudukan ketiga, keempat dan kelima bagi kategori lebuh raya berprestasi terbaik.
Sumber: BERNAMA