Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Beliau yang hadir sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir.
“Pada sidang itu, YAB Datuk Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Negeri Johor.
“Pakej bernilai RM174.5 juta membabitkan 54 inisiatif itu bertujuan meringankan bebanan rakyat negeri ini termasuk yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam media sosialnya semalam.
Menteri Besar Johor juga, katanya, turut menekankan fokus kerajaan negeri termasuk polisi dan visi adalah usaha pemulihan.
Sidang Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Ketiga, DUN Johor Ke-14 ini berlangsung selama dua hari.
Sumber: Malaysia Gazette