Categories
Berita Budaya

PM SETUJU TUBUHKAN KUMPULAN KHAS PENASIHAT ANAK MUDA BERKEPAKARAN

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2020 di Persada, Johor Bahru, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bersetuju menubuhkan kumpulan khas penasihat anak muda berkepakaran.

Kata Muhyiddin, “Kumpulan khas penasihat anak muda berkepakaran berperanan menasihati dan memberi idea kepadanya secara terus bagi membangunkan¬† belia dan negara”

“Kerajaan membentuk kumpulan khas ini bagi menasihati saya berkaitan isu-isu belia”,

Malahan, bagi menentukan idea anak muda sampai ke peringkat tertinggi dalam sistem demokrasi berparlimen, Muhyiddin mengumumkan pelantikan seorang wakil belia dalam Parlimen Malaysia di Dewan Negara.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *