Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak mengikuti perkembangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan jumlah Ahli Parlimen, didakwa menyokongnya di Istana Negara, pagi tadi.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan.
“Tuanku seorang yang bijaksana, faham dari sedut peranan baginda serta peruntukan dari segi Perlembagaan itu kuasa penuh baginda. Kita serah kepada baginda untuk putuskan
“Keutamaan saya adalah untuk menguruskan negara… sy berada di sini sebagai Perdana Menteri dan tugas saya ialah menguruskan isu Covid-19 dan ekonomi negara,” katanya dalam sidang media hari ini.
Terdahulu hari ini, Anwar Ibrahim mendakwa sudah mempersembahkan dokumen sahih mengandungi senarai lebih 120 Ahli Parlimen yang menyokongnya menjadi Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.
Presiden PKR itu turut menegaskan berdasarkan perkembangan semasa, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin telah jatuh.
Sumber: Malaysiapost