Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kemeriahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dicemari dengan tindakan koyakkan poster di Putatan, Kota Kinabalu.
“Bertanding harus dengan cara sihat, sepatutnya pada tahun 2020 tindakan koyakkan poster dan vandalisme tidak ada dalam pilihan raya, ini tindakan bacul”, kata salah seorang petugas Barisan Nasional (BN).
Dalam insiden di Putatan, poster Barisan Nasional yang menampilkan slogan “#AbahKitaTabah” telah dikoyakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut petugas BN, vandalism terhadap bahan kempen BN berleluasa sejak beberapa hari lalu apabila bendera, sepanduk dan poster dikoyakkan.
Bagaimanapun, mereka tidak bertindak balas kerana berpegang kepada prinsip politik matang ketika berkempen.
PenggerakDaily