Oleh: Editorial Penggerak Daily
Persatuan Penulis Johor ( PPJ ) mencadangkan kerajaan membantu golongan penulis yang menghadapi masalah kesihatan.
” Terdapat ramai penulis menghadapi masalah kewangan dalam membayar yuran perubatan, ” ujar Ketua Satu PPJ, Amiruddin Md. Ali Hanafiah.
Katanya, sebagai contoh penulis yang menghidap sakit buah pinggang memerlukan hampir RM3000 untuk rawatan hemodealisis.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan kewangan dan makanan harian kepada penulis terkenal, Abd Talib Hasan ( Al Taha ) di Kampung Spang Loi, Batu Anam di sini hari ini.
Bagaimanapun, sumbangan kecil sekadar tanda kasih persatuan kepada penulis.
Beliau yang juga Ketua Dua Gabungan Persatuan Nasional Malaysia ( GAPENA ) menegaskan bantuan hanya untuk segelintir penulis sahaja.
“Saya amat menghargai Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang turut memberikan bantuan bagi membantu sebahagian penulis di tanahair, ” tegas beliau.
Menurut Amiruddin, bantuan kerajaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban penulis.
Beliau berharap kerajaan memberikan rawatan percuma kepada golongan penulis.
“Sebelum sakit, penulis memainkan peranan membantu masyarakat melalui idea yang dicurahkan melalui tulisan,” tambahnya.
PenggerakDaily