Oleh: Editorial Penggerak Daily
Persatuan Penulis Johor ( PPJ ) akan mengemukakan beberapa nama kepada GAPENA untuk dipertimbangkan menerima augerah Penyair GAPENA sempena Hari Puisi Nasional (HPN).
Menurut Pengerusi 1 Persatuan Penulis Johor, Amiruddin Md. Ali Hanafiah, lazimnya Anugerah Penyair GAPENA akan dianugerahkan kepada penyair tuan rumah bagi sambutan HPN.
“Memandangkan tahun ini Johor telah dipilih sebagai tuan rumah HPN yang dijadualkan pada Ogos namun terpaksa ditangguh kerana COVID-19”.
Tambah Amiruddin lagi, “pemilihan Johor sebagai tuan rumah telah diputuskan dalam Mesyuarat Kepimpinan Badan Kerabat GAPENA pada 26 Julai 2018, di Bintulu, Sarawak”.
“Di Bintulu, seramai dua orang penyair Sarawak iaitu Datu Adi Badiozaman Tuah dan Abizai; menerima anugerah tersebut”.
Dimaklumkan, GAPENA akan menganugerahkan gelaran Penyair GAPENA kepada penulis puisi ( penyair) yang telah mencapai kejayaan di peringkat negeri dan kebangsaan.
PenggerakDaily