Categories
Berita Budaya Pendidikan Sastera Sejarah

PPJ PERJUANGKAN GOLONGAN PENULIS SEJAK 1966

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Ketrampilan Persatuan Penulis Johor (PJJ) dalam memperjuangkan golongan penulis dalam masyarakat sejak tahun 1966, kata Ketua 1 Persatuan Penulis Johor, Amiruddin Md Ali Hanafiah.

“Hubungan PJJ dengan kerajaan Johor bermula apabila Menteri Besar Johor, Dato Hj Othman Saat dilantik sebagai penaung persatuan itu pada 1967”,

“Sejak itu, PJJ telah memainkan peranan penting dalam mesej berkaitan pembangunan, perpaduan, nilai moral dan ketertinggian akhlak melalui persuratan”,

“Antara tokoh terkenal PJJ ialah Zam Ismail iaitu Sasterawan Johor yang menerima Anugerah Sea Write Award, Pak Matlon, Khadijah Hashim, Shaharom Hussain dan ramai lagi”, kata Amiruddin lagi semasa berucap dalam Majlis Kerjasama Marsah dan Persatuan Penulis Johor, Jumaat lalu.

Dalam kerjasama yang termeterai antara PJJ dan Marsah, PPJ telah memberikan sumbangan wakaf buku sebanyak 209 naskah yang berjumlah RM4,000 serta sumbangan berjumlah RM4,500.

Dalam kerjasama ini juga, seramai 300 orang yang terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah di Marsah telah mengisi permohonan bernombor keahlian sebagai ahli PPJ.

Dimaklumkan, nombor siri keahlian khas ini hanya diwujudkan di Marsah dan tidak ada sebarang institusi lain sebelum ini yang memiliki nombor keahlian sebegini.

Dalam majlis ini juga, PPJ telah melancarkan dua buah buku yang mengangkat martabat tulisan jawi menerusi karya persuratan, iaitu Pintu Mabrur dan Pemikir Bangsa.

Kedua-dua kos penerbitan ini berjumlah RM7500 menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan bagi kerjasama kali pertama ini berjumlah RM16,000.

PenggerakDaily

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *