Categories
Berita Budaya Business

PREMIS BOLEH BEROPERASI SAMPAI JAM 2 PAGI

Kerajaan negeri Selangor akan mengikut keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membolehkan operasi premis perniagaan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Exco Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, setakat ini tiada sebarang perubahan waktu operasi perniagaan di negeri ini.

“Selangor bersetuju dengan keputusan MKN,”

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan waktu operasi kedai makan dan kedai serbaneka kini dilanjutkan sehingga jam 2 pagi.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Khamis lalu selepas menerima banyak aduan pemilik premis mengenai pendapatan mereka terjejas kerana waktu operasi terhad.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL dalam satu kenyataan sebelum ini memutuskan waktu operasi premis perniagaan di Kuala Lumpur masih kekal sehingga jam 12 tengah malam sepanjang tempoh berkenaan.

Perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CMCWPKL) semalam.

Menurutnya, keseragaman waktu operasi premis perniagaan itu bagi memudahkan pemantauan dilaksanakan oleh DBKL dan agensi lain.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *