Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador menawar diri secara sukarela untuk menjadi orang pertama mencuba vaksin COVID-19 ciptaan Rusia.
Beliau berkata, tawaran itu juga bagi menguji keberkesanan vaksin berkenaan.
“Saya akan menjadi yang pertama mencuba vaksin ini,” kata Lopez Obrador yang dipetik laporan Reuters pada Isnin.
Rusia menjadi negara pertama di dunia meluluskan vaksin COVID-19 selepas kurang daripada dua bulan menjalankan uji kaji, langkah yang didakwa Moscow sebagai bukti kecekapan saintifiknya.
Sementara itu, dunia menyaksikan perlumbaan untuk menghasilkan vaksin itu di mana Mexico Mexico dan Argentina kini menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat farmasi untuk menghasilkannya.
Sumber: Awani