Categories
Berita pembangunan Sukan

MUTU PADANG STADIUM SULTAN IBRAHIM DITINGKATKAN

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Padang Stadium Sultan Ibrahim dalam proses pembaharuan bagi menambak baik mutu yang sedia ada, lapor Southern Tigers melalui hantaran facebooknya semalam.
“Walaupun ia merupakan padang terbaik di negara ini, padang Stadium Sultan Ibrahim milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim kini sedang menjalani proses pembaharuan besar-besaran untuk mempertingkatkan lagi kualitinya”,
“Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mahukan hanya yang terbaik di JDT dan padang adalah antara penambahbaikan yang dilakukan menjelang musim 2021”,
Dimaklumkan juga, Stadium Sultan Ibrahim juga sedang dalam proses melengkapkan ‘Fans Area’ dan mencantikkan lagi kawasan-kawasan di stadium yang serba canggih ini.
PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *