Categories
Alam Sekitar Berita Budaya

PULAU DI BRAZIL KHAS UNTUK POSITIF COVID-19

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kepulauan Fernando de Noronha di Brazil ialah antara destinasi percutian paling indah di dunia. Dan kini ia kembali dibuka untuk pelancong, tetapi ada syaratnya.
Menarik dengan syaratnya, pulau ini hanya membenarkan pelancong yang dijangkiti COVID-19 untuk berkunjung ke sana.
“Pelancong perlu menunjukkan hasil ujian positif yang diambil dalam tempoh 20 hari, atau hasil ujian serologi yang menunjukkan dia mempunyai antibodi COVID-19,” kata pegawai pentadbir pulau, Guilherme Rocha.
Rocha tidak memperincikan sebab mengapa mereka hanya akan menerima pelancong dalam kalangan pesakit atau bekas pesakit COVID-19.
Ujian PCR akan menunjukkan sama ada seseorang itu dijangkiti virus berkenaan, manakala ujian serologi pula menunjukkan sama ada terdapat antibodi COVID-19 dalam badan.
Kepulauan yang mempunyai 21 pulau gunung berapi, telah ditutup untuk pelancong sejak pertengahan Mac kerana wabak tersebut.
Kawasan itu merupakan taman nasional diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, dan salah satu tarikan pelancongan yang paling banyak dikunjungi di Brazil.
Tahun lalu, ia menerima lebih 106,000 pelancong, 90 peratus daripadanya adalah warga Brazil sendiri.
Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *