Oleh: Editorial Penggerak Daily
Susulan pendedahan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai sembilan produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual, empat daripadanya mengandungi hydroquinone. Racun ini boleh meningkat risiko kanser kulit.
Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, kulit menjadi hypersensitif, menghalang proses pigmentasi yang mendedahkan kulit kepada pancaran sinar UV.
Racun lain yang dikesan ialah tretinoin. Tanpa pengawasan profesional, racun ini boleh menyebabkan kulit kemerahan, pedih, mengelupas dan sangat sensitif kepada cahaya matahari.
Selain itu, racun berjadual Betamethasone 17-Velarate juga merupakan bahan yang terkandung dalam produk kosmetik. Racun ini boleh menyebabkan kulit menjadi nipis dan mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pigmentasi kulit dan racun ini berisiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang membawa kesan mudarat.
Merkuri pula antara racun berjadual paling kerap digunakan dalam produk kosmetik. Racun ini boleh diserap ke dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan saraf.
Merkuri juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
Ketua Pengarah KKM, Dr. Noor Hisham Abdullah pesan, orang awam yang menggunakan produk kosmetik yang mengandungi bahan racun ini hentikan segera penggunaannya.
Orang awam terutamanya wanita digalakkan menyemak status produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA; www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Beringatlah kalau mahu cantik, jangan sampai sakit melarat.
PenggerakDaily