Pengeluar makanan proses, Ramly Food Prosessing Sdn Bhd (RFPSB) mengesahkan tiada pembabitan orang tengah dalam urusan mengimport daging dan bahan mentah..
Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ramly Mokni, berkata pengimportan itu dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) secara berkala serta disahkan halal.
“RFPSB adalah syarikat Bumiputera Muslim yang dimiliki oleh sebuah keluarga dan kami amat menitik beratkan serta berhati-hati dalam isu ini sejak dulu,” katanya dalam satu kenyataan.
Ramly merujuk kenyataan media JAKIM pada 23 Disember lalu berkenaan isu daging seludup.
Beliau berkata, RFPSB menyambut baik saranan JAKIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNEHP) supaya tiada mana-mana pihak mengulas isu itu selagi siasatan penuh belum selesai.
PenggerakDaily