Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kalau tak hilang, berebut. Itulah nasib remote control Astro di rumah kita.
Namun, alat kawan jauh Ultra ciptaan Astro dengan inovasi menarik memudahkan pengguna telah memenangi 2020 Red Dot Award for Product Design dalam kategori TV and Home Entertainment.
40 juri antarabangsa sepakat memilih peranti itu kerana susun atur butang yang mesra pengguna malah disusun dengan baik sekali gus membolehkan pengguna mengendalikan alat kawalan jauh itu dengan lebih selesa.
Ultra merupakan peranti terbaru Astro, sebahagian daripada Ultra Box terbaharu yang mempunyai ciri-ciri termasuk 4K UHD, Cloud Recording dan paparan antara muka terkini yang membolehkan kandungan ditonton dengan lancar di pelbagai skrin.
Kata Naib Presiden Kejuruteraan Produk Astro, Shahrul Imran Sultan “reka bentuk inovatif alat kawalan jauh Ultra merupakan sebahagian daripada usaha Astro meningkatkan kualiti perkhidmatan selain memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan”,
PenggerakDaily
Sumber: Awani