Oleh: Editorial Penggerak Daily
Akhirnya keputusan muktamad pergerakan rentas sempadan akan bermula pada 17 Ogos 2020 manakakala permohonan pergerakan ini bermula 10 Ogos 2020.
Keputusan ini dicapai dalam satu sesi pertemuan antara Menteri Luar Malaysia, Hishammuddin Hussein diiringi Menteri Besar Johor, Hasni Mohamad dengan rakan sejawatnya, Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan.
“Pertemuan tersebut adalah satu pertemuan yang amat bersejarah dan penting bagi negeri Johor kerana ianya melibatkan soal kesiapsiagaan kita untuk membuka semula sempadan”, kata Hasni melalui laman facebooknya.
“Sepertimana yang semua sedia maklum, pembukaan semula sempadan melibatkan 2 inisiatif iaitu Reciprocal Green Lane (RGL) atau Laluan Hijau Timbal Balik dan Periodic Commuting Arrangement (PCA) atau Pengaturan Ulang Alik Berkala”,
“Untuk itu Kerajaan Negeri Johor akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan pelaksanaan PCA dan RGL ini dapat berjalan dengan baik”, tambah Hasni lagi.
PenggerakDaily