MELAKA: Sekurang-kurangnya enam murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Malim di sini, cedera selepas bumbung kelas di bangunan tiga tingkat sekolah berkenaan diterbangkan angin akibat ribut, pagi Selasa.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah pada jam 10.17 pagi memaklumkan kejadian.
“Maklumat awal kami terima terdapat enam murid mengalami cedera ringan, luka-luka di kepala dipercayai dihempap siling.
“Manakala 22 murid turut diberikan rawatan oleh petugas keselamatan ekoran mengalami trauma,” katanya.
Kesemua mangsa kini dihantar ke hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.
SUMBER : AWANI