JOHOR BAHRU: Pandemik COVID-19 yang menyebabkan perubahan gaya hidup masyarakat ke arah normal baharu seperti belajar dan membeli secara atas talian, kerajaan bakal melaksanakan Program Jaringan PRIHATIN.
Melalui Belanjawan 2021 yang diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz sebentar tadi, kerajaan memperuntukkan 1.5 bilion ringgit bagi melaksanakan Program Jaringan PRIHATIN.
Program ini bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan B40 mendapatkan kemudahan internet.
“Bermula suku pertama 2021, lebih kurang 8 juta penerima dari golongan B40 akan menerima bantuan 180 ringgit seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi”,
“Bantuan ini boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu”,
“Pada masa yang sama, syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan manfaat bernilai 1.5 bilion ringgit seperti dalam bentuk data percuma”.
PenggerakDaily