Oleh: Editorial Penggerak Daily
Keterujaan seorang ibu tunggal bertukar tragedi apabila kerugian RM17,000, akibat tertipu menyangka menerima hadiah daripada teman lelakinya dari Paris tapi rupa-rupanya sindiket Love Scam.
Wanita berusia 40 tahun itu mendakwa mula berkenalan dengan teman lelakinya menerusi laman sosial Facebook awal Disember tahun lepas sebelum mereka bercinta dan mangsa tidak sedar dirinya sudah terperangkap dengan sindiket penipuan.
Teman lelaki itu turut melemparkan kata-kata manis termasuk mahu mengirimkan hadiah mengandungi mata wang asing, pakaian, barang kemas dan barangan kosmetik kepada wanita tersebut kononnya sebagai tanda sayang dan cinta.
Wanita itu yang percaya dengan janji manis teman lelakinya kemudian dihubungi sebuah syarikat kurier untuk membuat penghantaran barangan berharga kononnya daripada teman lelakinya itu, namun perlu membayar kos penghantaran untuk melepaskan bungkusan sebanyak RM17,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa membuat empat transaksi ke dalam tiga akaun yang diberikan syarikat kurier tersebut dan hanya menyedari ditipu selepas sindiket itu memintanya membuat bayaran tambahan sebelum dia membuat laporan polis semalam.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan sindiket serta pemilik akaun yang digunakan untuk memindahkan wang tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
PenggerakDaily
Sumber: Sinar Harian