Kerajaan menyediakan peruntukan RM80 juta untuk tabung bencana pertanian, termasuk bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata bantuan itu akan memanfaatkan petani terdiri daripada pesawah, nelayan, pengusaha akuakultur, pekebun dan penternak yang mengalami kehilangan pengeluaran hasil.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Tengku Zafrul memaklumkan, bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil dengan bayaran RM300 sebulan akan diteruskan tahun depan yang akan memanfaatkan 300,000 pekebun kecil seluruh negara.
Katanya, bayaran itu akan dibuat pada Disember tahun ini, Januari serta Disember tahun depan.
Sumber: Malaysiapost