Oleh: Editorial PenggerakDaily
“Susun semula pentadbiran, rombak barisan EXCO kerajaan negeri”, cadang seorang peniaga, Jufri Kamil, 32 ketika ditanya pendapatnya berkenaan masalah air di Selangor.
Tambah Jufri lagi, “apalah makna merdeka kalau kita masih dibelenggu dengan masalah asas akibat tadbir urus yang tidak cekap”.
Seorang peniaga dari Petaling, Abidin Rais, 44 juga berpendapat kerajaan Negeri Selangor perlu dan tegas jika berhadapan dengan isu yang membabitkan kepentingan orang awam.
“Kegagalan urus tadbir menyebabkan hampir seluruh negeri Selangor berdepan dengan masalah bekalan air, yang berpunca dari pencemaran sungai oleh sebuah kilang”,
“Apa yang kami maklum, kilang terbabit pernah dikampaun RM60,000 atas kesalahan pencemaran sungai namun masih mengulangi tindakan tak bertanggungjawab ini”.
“Kesannya, kami menanggung kerugian berlipat kali ganda berbanding bayaran kompaun yang tidak seberapa yang dikenakan ke atas kilang tersebut”,
Bagi seorang pegawai pemasaran pula, Masnina Mohamed, 35 berpendapat pihak kerajaan negeri terutamanya EXCO Alam Sekitar perlu bertanggungjawab dengan kerugian akibat gangguan bekalan air.
“EXCO Alam Sekitar perlu letak jawatan, hanya menzahirkan rasa kesal saja tidak cukup untuk selesaikan masalah ini.
“Kerajaan negeri perlu lakukan sesuatu yang tuntas dalam menyelesaikan masalah ini, jangan retorik atau bolak-balik, rakyat memerhati”, tegas Masnina lagi kepada Penggerak Daily.
PenggerakDaily