Bekas penyerang Ronaldinho memaklumkan bahawa dia dijangkiti COVID-19 tetapi tidak bergejala.
Bekas pemain Barcelona dan AC Milan berusia 40 tahun itu, yang pernah memenangi Liga Juara-Juara dan Piala Dunia sepanjang karier gemilangnya, akan dikuarantin di hotel Belo Horizonte.
“Hai kawan-kawan, keluarga, peminat, saya melakukan ujian Covid-19 dan keputusannya positif. Saya dalam keadaan baik, tidak ada gejala buat masa sekarang,” kata Ronaldinho dalam rakaman video di media sosial.
Ogos lalu, Ronaldinho kembali ke Brazil selepas ditahan lima bulan di Paraguay kerana kesalahan memalsukan pasport.
Bekas pemenang Ballon d’Or itu dan adiknya dipenjara sebulan dan ditahan empat bulan di hotel Asuncion.
Sumber: Metro Harian