Categories
Berita

RTS DILANCAR 22 NOVEMBER INI

JOHOR BAHRU: Projek stesen Sistem Transit Rapid (RTS) di Bukit Chagar yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands, Singapura bakal dilancarkan pada 22 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim berkata, tarikh berkenaan dipilih bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut beliau, tarikh itu dipilih setelah mengadakan menghadap Sultan Johor di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, di sini hari ini.

“Antara perkara yang disentuh ialah pelancaran projek stesen RTS secara maya serta draf reka bentuk stesen berkenaan.

“Sementara itu kerja-kerja akan dimulakan sekitar hujung bulan ini selepas majlis pelancaran,” katanya seperti dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam pertemuan itu, Mohd. Zarif turut mempersembahkan perkembangan projek berkenaan, sebagai kesinambungan kepada pembentangan Bajet 2021 oleh kerajaan, baru-baru ini.

Sementara itu, Sultan Ibrahim turut berkenaan untuk menganjurkan sebuah pertandingan bagi hiasan fasad stesen berkenaan.

Hadir sama, Pengarah Tanah dan Galian Johor, Datuk Mohammed Ridha Datuk Abd Kadir dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Adib Azhari Daud.

Penggerak Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *