Oleh: Editorial Penggerak Daily
NGO Pemuda Negara Johor Bahru turun padang menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Belantik, Majidee petang tadi.
Kebakaran yang mengakibatkan dua buah rumah rentung kira-kira jam 11.30 pagi tadi telah berjaya dikawal dari merebak oleh kekuatan seramai 34 anggota bomba dengan 3 jentera dari Balai Bomba Johor Bahru.
Ketua Pemuda Negara Johor, Saiful Bahari berkata,” antara sumbangan yang diberikan dalam bentuk kewangan bagi meringankan beban mangsa”,
“Kami juga menghulurkan makanan dan bantuan berupa bantal dan tilam supaya mangsa lebih selesa di petempatan sementara”.
Menurut Ketua Kampung Belantik, Aris Kecik, 75, terdapat dua keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut namun tiada kehilangan nyawa.
“Buat sementara waktu, salah satu keluarga ditempatkan di Pejabat Peladang di kampung berkenaan manakala satu keluarga lagi tinggal di rumah ahli keluarganya di kempas”.
Tambah Saiful lagi, sebelum ini, Pemuda Negara sering menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat seperti pelaksanaan Program Jelajah Korban bersama.
“Dengan kerjasama yang akrab ini, kami selaku NGO mendapat maklumat dari pihak bomba untuk sama-sama turun membantu orang ramai”.
PenggerakDaily