Categories
Berita Sukan

SAFAWI TERUSKAN KARIER DI EROPAH

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Pemain kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid akan teruskan kariernya di Eropah, kata Martin Prest, Pengarah Sukan JDT melalui satu hantaran di Facebook Johor Southern Tigers, malam tadi.
“JDT ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal”.
“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah”.
Namun, hantaran tersebut tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan.
PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *