Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah hari ini mengesahkan sudah menerima surat tuntutan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menuntut pampasan RM10 juta daripada beliau.
Kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, beliau telah mendapat surat tuntutan RM10 juta daripada parti lamanya, PKR.
“Kami yang mendapat surat ini juga sudah berbincang apa tindakan selanjutnya yang harus dilakukan… jadi kita tunggu pengumuman yang selanjutnya,”
Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung bahawa parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada 19 ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang keluar parti supaya membayar pampasan RM10 juta masing-masing kepada parti.
Chean Chung turut dilaporkan berkata, mereka yang disenaraikan perlu membayarnya dalam tempoh tujuh hari dan jika gagal, parti akan mengarahkan peguam untuk meneruskan prosiding bersesuaian bagi mendapatkan pampasan itu.
Sumber: Bernama