Categories
Berita Hiburan

SANDRA DIANNE MENINGGAL DUNIA

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Penyanyi dan juga peserta Big Stage 2020,  Sandra Dianne meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 1 pagi ini.

Jurucakap Sony Music Entertainment Malaysia Sdn. Bhd., Veea Norman yang mengesahkan perkara itu berkata, jenazah akan dibawa pulang ke Sabah dan akan dikebumikan di Kg. Kauluan, Tuaran.

“Pihak keluarga Sandra memohon untuk semua mendoakan agar segala urusan pengembumian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihak Sandra jika ada salah dan silap.

“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Sabtu lalu, Sandra yang merupakan peserta yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk raptai penuh konsert Big Stage.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *