Categories
Berita Budaya Business

SARAWAK INTAI PELUANG SERANTAU – ALI BIJU

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Rancangan pemindahan pusat pemerintan Republik Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan membuka peluang buat wilayah-wilayah dalam Pulau Borneo, khususnya Sarawak, untuk menjadikan Malaysia sebagai negara serantau, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju.

“Pemindahan ibukota Republik Indonesia itu bakal mewujudkan rangkaian hubungan darat antarabangsa melibatkan negeri Sarawak, mencetuskan ledakan ekonomi yang secara langsung bakal mewujudkan peluang-peluang pekerjaan buat anak negeri”,

Bercakap dalam Kongres Negara: Bersatu untuk Malaysia, Ali juga menegaskan Sarawak adalah negeri paling majmuk dan contoh terbaik untuk zahirkan perpaduan sebenar seiring dengan visi utama kongres.

“Kita mempunyai Orang Melayu Sarawak, Melanau, Iban, Bidayuh, Cina, Orang Ulu, India dan 32 suku kaum lagi yang sudah sekian lama hidup bersama tanpa ada sebarang pertelingkahan kaum”.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *