Fattah Amin hari ini mencuri tumpuan selepas tercalon dalam TC Candler’s 100 Wajah Paling Tampan 2020. Malah, beliau satu-satunya wakil tunggal negara.
Pencalonan Fattah Amin ini telah diumumkan oleh TC Candler menerusi laman Instagram mereka sejak 1 September lalu.
Pencalonan itu dibuat selepas Fattah Amin mendapat undian tertinggi oleh peminat, bersama-sama selebriti terkenal lain.
Antaranya adalah artis K-Pop seperti V(BTS), Hyun Bin, TZU Yu (Twive) dan ramai lagi.
Pencalonan oleh TC Candler ini adalah tahun ke-7 seumpamanya, dimana pemenang tahun-tahun sebelum ini adalah Michael Fassbender (2013), Jamie Dornan, (2014), Diego Boneta (2015), Michiel Huisman, (2016), V BTS (2107), Jason Momoa (2018) dan Jungkook BTS (2019).
Sumber: Buzz Kini