Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Saya sedih apabila segelintir warganet mengatakan kehidupan saya seolah-olah perempuan murahan dan tidak mempunyai kehidupan normal”, akui pelakon baru, Nur Alya Iman Azmil.
Anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha berkata demikian susulan kontroversi yang melanda dirinya yang dikatakan pisau cukur dan pengacau rumah tangga orang lain.
Namun, Alya bersyukur kerana kerjayanya tidak terganggu dengan kontroversi yang melanda. Katanya, “Alhamdulillah, setakat ini belum ada tawaran berlakon atau modelling ditarik disebabkan kontroversi ini”
Sebelum ini, Alya pernah terpalit dengan kontroversi apabila sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang sehingga isteri individu tersebut membongkarkannya. Kini, Alya mempunyai pengganti baru dengan duda anak dua.
PenggerakDaily