Categories
Berita

“SAYA MASIH PERDANA MENTERI” – MUHYIDDIN YASSIN

KUALA LUMPUR : Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih teguh dan beliau masih Perdana Menteri yang sah.
Dalam satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan bersifat dakwaan semata-mata.
“Saya mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.
“Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.
“Sehingga dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah,” katanya.
Beliau dalam pada itu meminta rakyat bertenang menghadapi situasi berkenaan dan yakin isu itu akan diatasi dengan baik mengikut proses undang-undang dan Perlembagaan.
SUMBER : ASTRO AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *