Categories
Berita Budaya Viral

SAYA MINTA MAAF, TIADA LAGI MURAL DI U12 – SUHAIMI ALI

Oleh: Editorial Penggerak Daily

“Saya minta maaf, tiada lagi mural di U12”, luah pelukis mural, Suhaimi Ali di laman facebooknya apabila karyanya di U12, Shah Alam yang menampilkan mural pemimpin telah disimbah dengan cat dan diconteng dengan bahasa kesat.

“Assalamulaikum semua, di sini saya nak ucapkan terima kasih sebab support bakat saya dan bagi saya tunjuk bakat pada semua – hero is gone”, tulisanya.

Antara muralis pemimpin yang dilukis Suhaimi ialah KDYMM, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak ketinggalan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang kini menjadi kesayangan ramai

Rata-rata netizen melahirkan rasa sebak dan geram dengan insiden yang tular baru-baru ini.

“Mural ini bukan selapis kaler di dinding. Di balik wajah-wajah (pemimpin) ini, ada kisah perjuangan menentang pandemik”, komen Sideekin Amar.

“Orang yang buat ni bukan saja merosakkan sebuah karya seni saja, tapi ganggu gugat ketenteraman awam”, komen Basyitah Ibrahim.

“Jadi rebel dengan vandalisme dah out-dated, tindakannya kurang ajar dan bodoh”, komen Azmi Muaz.

Suhaimi Ali merupakan graduan  Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dari UiTM, Shah Alam.

Selain muralis, anak kelahiran Seberang Takir Terengganu ini merupakan seorang pelukis.

Bagi yang berkenan dengan karya dinding anak muda ini, beliau boleh dihubungi melalui 01121600822.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *