Oleh: Editorial Penggerak Daily
Saya akan memberikan sepenuh khidmat kepada semua rakyat Sabah, tanpa mengira perbezaan latar belakang dan pegangan politik, kata Datuk Hajiji Noor selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
“Amanah dan tanggungjawab ini amat besar dan mencabar. Saya memohon semua pihak termasuk sekalian rakyat untuk bersatu demi kepentingan tanah air“, tambahnya lagi.
Hajiji juga mengucapkan terima kasih buat sekalian rakyat yang telah menunaikan hak serta tanggungjawab dalam proses demokrasi sekali gus membolehkan penubuhan kerajaan baharu secara tertib dengan kewujudan mandat yang jelas.
PenggerakDaily