Dato’ Sri Ismail Sabri telah mengumumkan beberapa perubahan pada prosedur operasi standard (SOP) semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pentadbiran (PKPP) semalam.
Tiga perkara penting yang diumumkan ialah PKPB di Kuala Lumpur dan Selangor yang sepatutnya tamat pada 6 Disember 2020 di Kuala Lumpur dan Selangor dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020.
Perkara kedua, bermula hari ini, 7 Disember 2020, rentas daerah atau negeri sudah dibenarkan di kawasan bukan di bawah Perintah Kawalan Diperketat (PKPD).
Perkara ketiga ialah tiada lagi sekaran jalan raya oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan PKPB dan PKPP. Orang ramai juga bebas bergerak dalam kawasan bukan PKPD tanpa memerlukan surat kebenaran daripada pihak PDRM.
Malah had penumpang termasuk pemandu dalam satu kenderaan juga dibatalkan.
Penggerakdaily