Categories
Berita Budaya pembangunan Pendidikan Sejarah

SELAIN DAPAT CUTI, HARI MALAYSIA ITU APA?

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Kita suka dapat cuti pada setiap 16 September sempena Hari Malaysia. Maka, kita juga perlu tahu apa itu Hari Malaysia, supaya cuti yang kita nikmati sekarang lebih bermakna.

Berikut beberapa fakta asas mengenai Hari Malaysia;

  • Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.
  • Hari Malaysia menandakan hari penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
  • Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakilwakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Namun begitu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
  • Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri namun ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
  • Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
  • Bagi tahun 2020, logo berbentuk hati dipilih dengan bertemakan warna-warna daripada bendera Jalur Gemilang. Logo tersebut, melambangkan keprihatinan pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum dan pegangan agama yang berbeza.
  • Tema sambutan pada tahun ini adalah ‘Malaysia Prihatin’ yang membawa maksud seluruh rakyat Malaysia menggembleng tenaga dalam memerangi wabak Covid-19 tidak mengira pangkat, agama, dan fahaman politik demi keselamatan dan keharmonian bersama.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *