Oleh: Editorial Penggerak Daily
Mungkin sebab orang kidal ini minoriti atau rare, setiap 13 Ogos, dunia menyambut Hari Kidal Sedunia. Banyak fakta menarik tentang kidal yang kadang-kadang orang kidal pun tak tahu.
- Kidal selalunya minoriti, selama ribuan tahun hanya 10 peratus daripada seluruh populasi dunia merupakan orang kidal.
- Dalam jumlah 10 peratus tersebut, kebanyakan individu kidal berjantina lelaki.
- Dikatakan, individu kidal lebih bijak daripada individu pengguna tangan kanan. Entahlah.
- Lima daripada tujuh orang Presiden Amerika Syarikat menulis dengan menggunakan tangan kiri; Gerald Ford, Ronald Reagan, George H.W Bush, Bill Clinton, dan Barack Obama.
- Dalam filem The Simpsons, karakter Ned Flanders membuka kedai yang menghasilkan produk ‘The Leftorium’ khas untuk individu kidal.
- Individu tangan kiri digelar sebagai ‘Lefties’ dan ‘Southpaws’.
- Individu kidal lebih mudah melihat apabila berada dalam air.
- Individu kidal lebih kreatif dan berjiwa seni seperti Leonardo Da Vinci yang terkenal dengan lukisan Monalisa
- Golongan bangsawan dan penemuan banyak terdiri daripada individu kidal seperti Issac newton, Albert Einstein, Ratu Elizabeth II dan Putera William.
- Individu kidal lebih jaguh dalam aktiviti sukan seperti Lionel Messi dan Rafael Nadel.
PenggerakDaily