Categories
Berita Budaya Ekonomi Kesihatan

SELEPAS PERINGATAN AGONG JANGAN POLITICKING, MAT SABU GESA TUKAR KERAJAAN

Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada kerajaan baru ditubuhkan, kurang sejam selepas Yang di Pertuan Agong memuji perdana menteri kerana menguruskan krisis Covid-19 dengan baik.

“Kami meminta Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan secara terhormat.

“Ahli-ahli parlimen daripada pelbagai parti akan mencari jalan terbaik untuk membentuk kerajaan dan menyelamatkan Malaysia serta rakyat,” kata bekas menteri pertahanan daripada Pakatan Harapan (PH) itu dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Kenyataan ini dikeluarkan walaupun Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi amaran hari ini agar kerajaan tidak diganggu dalam perang melawan Covid-19.

Agong bertitah tiada keperluan untuk mengadakan darurat bagi membantu usaha kerajaan melawan Covid-19, mengatakan pentadbiran Muhyiddin sudah melakukan yang terbaik melawan pandemik itu.

“Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara,” kata kenyataan dikeluarkan Istana Negara selepas Raja-Raja Melayu bersidang cadangan mengadakan darurat untuk mengelakkan pilihan raya umum mengejut.

Sultan Abdullah juga mengingatkan semua ahli Parlimen bahawa Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November amat penting dalam memulihkan ekonomi negara.

“Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka,” kata kenyataan itu.

Sumber: MalaysiaNow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *