Difahamkan, pakar undang-undang di Putrajaya sedang mengkaji pilihan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, selepas berkali-kali dirayu pegawai kesihatan kanan dalam mesyuarat peringkat tertinggi minggu ini.
Ini berlaku selepas pegawai kesihatan kanan dikatakan “melahirkan kebimbangan tentang kemungkinan berlakunya pilihan raya ketika pandemik”, menurut sumber yang menghadiri mesyuarat peringkat tertinggi itu minggu ini bersama pelbagai agensi yang ditugaskan untuk memerangi Covid-19.
Dimaklumkan, rayuan pegawai kesihatan ini mendapat respon positif dari warganet kerana dalam keadaan Malaysia yang berhadapan dengan ancaman kesihatan dan ekonomi yang teruk, tidak wajar untuk ditambahkan lagi dengan masalah ketidakstabilan politik.
Sumber: MalaysiaNow